Kenali Band Neon Trees

Mungkin ada yang pernah layan lagu ni, mungkin ada yang tidak pernah. Mungkin ada yang menyebut "band apa ni, tak pernah dengar pun". Oleh sebab itu, sesi pengenalan dengan band mungkin akan membuat anda tertarik untuk menjadi pendengar tegar band dari Amerika. Serba ringkas tentang band ini yang digelar Neon Trees. Band ini berasal dari Provo, Utah dan Temecula, California. Vokalis band ini adalah Tyler Glenn yang juga bermain keyboards, Chris Allen bermain gitar,Branden Campbell selaku gitar bass serta Elaine Bradley bermain drum.

Lagu ini mengisahkan tentang Animal ataupun binatang iaitu manusia berangai seperti binatang .Perkara ini yang membuat lagu ini sangat istimewa khususnya kepada manusia yang berperangai "Animal". Susunan muzik sedikit dipengaruhi unsur retro dan britpop, malahan boleh dikatakant terdapat pengaruh kuat dari muzik band britpop seperti Oasis dari Britain. Siapa yang pernah layan lagu Oasis, mungkin tahu bagaimana muzik band Oasis.

Permulaan

Adakah aku sudah bersedia? Memang sukar hendak menjawab pertanyaan seperti ini. Selagi tidak dimulakan, selagi itu kita belum bersedia. Confucius pernah berkata "Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama". Kata-kata ini boleh difahami secara mudah, perjalanan hidup kita hanya bermula apabila kita mempunyai kehendak dan keupayaan untuk mendesak akal dan minda kita untuk terus bergerak pantas ke hadapan.

Jika hidup kita semudah kereta yang ada butang "mula". Pasti kita tidak tertanya-tanya bila akan bermula. Perjalanan seribu batu bukan hanya sekadar perjalanan kosong tanpa sebarang pengalaman, malahan boleh dikatakan perjalanan ini akan mengubah paradigma tentang kehi dupan. Bak kata Bon Jovi, It's My Life. So it's your own life, you deserved to make anything happen in your life because it's your life.


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme