Kenali Band Neon Trees

Mungkin ada yang pernah layan lagu ni, mungkin ada yang tidak pernah. Mungkin ada yang menyebut "band apa ni, tak pernah dengar pun". Oleh sebab itu, sesi pengenalan dengan band mungkin akan membuat anda tertarik untuk menjadi pendengar tegar band dari Amerika. Serba ringkas tentang band ini yang digelar Neon Trees. Band ini berasal dari Provo, Utah dan Temecula, California. Vokalis band ini adalah Tyler Glenn yang juga bermain keyboards, Chris Allen bermain gitar,Branden Campbell selaku gitar bass serta Elaine Bradley bermain drum.

Lagu ini mengisahkan tentang Animal ataupun binatang iaitu manusia berangai seperti binatang .Perkara ini yang membuat lagu ini sangat istimewa khususnya kepada manusia yang berperangai "Animal". Susunan muzik sedikit dipengaruhi unsur retro dan britpop, malahan boleh dikatakant terdapat pengaruh kuat dari muzik band britpop seperti Oasis dari Britain. Siapa yang pernah layan lagu Oasis, mungkin tahu bagaimana muzik band Oasis.

0 Response to "Kenali Band Neon Trees"

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme